Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda menggunakan aplikasi NAVIGON Fresh daripada NAVIGON, sebuah jenama Garmin.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin?

Apabila anda mencipta akaun myNAVIGON, kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, lokasi dan negara anda agar anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda, menerima sokongan diperibadikan, menerima maklumat keselamatan penting mengenai peranti anda dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun myNAVIGON

Garmin menyimpan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini boleh membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Mendaftarkan Produk Melalui Akaun myNAVIGON Anda

Jika anda mendaftarkan produk Garmin dalam aplikasi NAVIGON Fresh, Garmin mengumpulkan pengenal pasti seperti ID perkakasan untuk memastikan produk yang betul dikaitkan dengan akaun anda.

Apabila Anda Membeli Produk Melalui Akaun myNAVIGON Anda

Jika anda membuat pembelian dalam aplikasi NAVIGON Fresh, Garmin mengumpulkan nama, alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel, maklumat kediaman dan kaedah pembayaran anda agar kami boleh memproses dan menghantar pesanan anda.

Apabila Anda Menghubungi Garmin

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi kami mungkin mengumpulkan maklumat seperti maklumat hubungan dan peranti anda semasa panggilan sokongan untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Mengapakah kami meminta data peribadi anda?

Sama ada memberikan sokongan produk atau memberi anda perisian terkini, sebarang maklumat yang kami minta daripada anda digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk, aplikasi dan akaun anda seperti maklumat keselamatan penting, kemas kini aplikasi, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman Kami

Apabila anda melawat laman kami, kami mengumpulkan maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi, untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman kami dan cara kami boleh meningkatkan laman.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami meningkatkan kualiti dan kefungsian aplikasi NAVIGON Fresh. Kami juga menggunakan alat ini untuk mengetahui keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang kami perlu baiki. Secara kesimpulan, mi ingin menawarkan aplikasi yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti sokongan pelanggan dan memproses pembelian agar anda boleh memanfaatkan aplikasi dan laman kami sepenuhnya.

Dengan Pihak Lain

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Yang Tidak Mengenal Pasti Diri Anda

Kadangkala kami berkongsi atau menjual data aktiviti agregat yang tidak dapat dikenal pasti dengan atau kepada rakan kongsi strategik dan pihak ketiga yang lain.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati portal anda untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi NAVIGON Fresh.