Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda melayari Navigon.com. NAVIGON ialah jenama Garmin.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin?

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi apabila anda melawati Navigon.com untuk sokongan pelanggan, anda akan diminta untuk memberikan data peribadi seperti nama, maklumat hubungan, keutamaan hubungan dan maklumat peranti anda agar anda boleh menerima sokongan yang diperibadikan.

Mengapakah kami meminta data peribadi anda?

Sebarang maklumat yang kami minta daripada anda digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda dan memberi anda sokongan berkualiti.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk anda atau laman kami seperti maklumat keselamatan penting, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman dan Aplikasi Kami

Apabila anda melawat Navigon.com, kami mengumpul maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman kami dan cara kami boleh meningkatkannya.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami meningkatkan kualiti dan kefungsian laman kami. Kami juga menggunakan alat ini untuk melihat keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti masalah yang perlu kami baiki. Secara kesimpulan, kami ingin menawarkan sebuah laman web yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan, seperti sokongan pelanggan dan produk atau menghantar e-mel agar anda boleh memanfaatkan laman web, produk dan perkhidmatan kami sepenuhnya.

Dengan Pihak Lain

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Yang Tidak Mengenal Pasti Diri Anda

Kadangkala kami berkongsi atau menjual data aktiviti agregat yang tidak dapat dikenal pasti dengan atau kepada rakan kongsi strategik dan pihak ketiga yang lain.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Hubungi pasukan sokongan produk kami untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi Navigon.com.