Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda menggunakan laman web dan aplikasi marin kami.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin?

Apabila anda menggunakan produk, laman web dan aplikasi marin Garmin, kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, maklumat hubungan, lokasi dan maklumat peranti anda agar anda boleh menggunakan akaun anda, menerima sokongan yang diperibadikan dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun

Garmin menyimpan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini boleh membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Menghubungi Garmin

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi kami mungkin mengumpulkan data seperti maklumat hubungan dan peranti anda semasa panggilan sokongan untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Apabila Anda Menggunakan ActiveCaptain

Interaksi dengan Komuniti ActiveCaptain melalui laman web atau aplikasi akan memberi anda maklumat perikanan atau perkapalan daripada pengguna seperti anda. Apabila anda menambahkan ulasan dan komen atau memperoleh mata, kami menggunakan data seperti nama kapten atau alamat e-mel anda untuk memastikan anda menerima pengiktirafan dan mata yang sewajarnya.

Apabila Anda Menggunakan Quickdraw

Maklumat lokasi boleh dikatakan memainkan peranan yang penting dalam tinjauan data yang anda gunakan dalam dan muat naik ke Quickdraw Contours dalam Komuniti Quickdraw. Kami menggunakan data tersebut agar anda boleh memanfaatkan perkhidmatan ini sepenuhnya.

When You Use the OnDeck Service

We may collect the names, email addresses, or phone numbers for the people you want to have access to the service. That way, they’ll get notifications when you set up or make changes to the account. If you don’t add them as a contact or owner, we won’t collect anything. We just want to make sure you and the people you add get the most out of the service.

When You Purchase a Subscription

Subscriptions require a little more information to make sure we can deliver services you’re purchasing. So, when you get an OnDeck or ActiveCaptain Business Program subscription, we collect your name, business name, email address, billing address, and telephone number, which are used to deliver the services you’re paying for and to send you the billing information you need.

And, since you’re making a purchase, Worldpay — our payment service — needs to process your card information. Check out Worldpay’s privacy policy to learn how they handle your payments.

Apabila anda Membeli, Mendaftarkan atau Mengemas Kini Carta dan Peranti

Kami menggunakan maklumat kelayakan dan peranti anda untuk mendapatkan peta yang dimuat turun atau kad peta kepada peranti anda, untuk mendaftarkan peranti baru kepada akaun Garmin anda dan untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

When You Add or Are an Emergency Contact

If you set up emergency contacts on your Garmin device, your location and other emergency information will be sent or communicated to that contact in the event of an incident.

If a Garmin user adds you as an emergency contact to their Garmin account, they provide us your phone number or email address, so you can be reached in the event of an incident.

Mengapakah kami meminta data peribadi anda?

Sama ada memberikan sokongan produk atau memberi anda perisian terkini, sebarang maklumat yang kami minta daripada anda digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk, aplikasi atau akaun anda seperti maklumat keselamatan penting, kemas kini aplikasi, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman dan Aplikasi Kami

Apabila anda melawat laman kami atau menggunakan aplikasi kami, kami mengumpulkan maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi, untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman dan aplikasi kami serta cara kami boleh meningkatkan laman.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami meningkatkan kualiti dan kefungsian laman dan kami. Kami juga menggunakan alat ini untuk melihat keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti masalah yang perlu kami baiki. Secara kesimpulan, kami ingin menawarkan laman web dan aplikasi yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia, yakni data peribadi anda mungkin dipindah antara syarikat Garmin. Apabila anda mencipta akaun Garmin, menambahkan data peribadi pada profil anda atau memuat naik data aktiviti, data tersebut akan dikumpulkan dan disimpan pada pelayan Garmin International Inc. di A.S. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini tanpa mengira lokasi syarikat Garmin yang menyimpan maklumat anda.

Dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti memproses pembelian atau menghantar e-mel, agar anda boleh memanfaatkan ciri yang disediakan oleh pihak ketiga sepenuhnya.

Dengan Pihak Lain

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Yang Tidak Mengenal Pasti Diri Anda

Kadangkala kami berkongsi atau menjual data aktiviti agregat yang tidak dapat dikenal pasti dengan atau kepada rakan kongsi strategik dan pihak ketiga yang lain.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi Marin dan ActiveCaptain.