Privasi Anda Penting kepada Garmin dan inReach®

Matlamat kami adalah memastikan anda tahu cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila melawati laman web Garmin Explore™, mencipta akaun inReach, mendaftar dan menggunakan peranti inReach anda, melanggan dan menggunakan perkhidmatan komunikasi satelit inReach dan menggunakan aplikasi Earthmate® dan Garmin Explore.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin dan inReach?

Kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, lokasi anda dan maklumat lain agar anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda, menerima sokongan yang diperibadikan, menerima maklumat keselamatan penting mengenai peranti anda dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun Garmin

Garmin menyimpan nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini akan membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Menggunakan Media Sosial

Apabila anda mendaftar masuk ke akaun Garmin menggunakan media sosial, kami akan meminta akses maklumat tertentu untuk membantu anda mencipta akaun. Kami hanya menyimpan alamat e-mel anda untuk pendaftaran masuk kemudian.

Apabila Anda Mendapatkan Langganan inReach

Perkhidmatan yang anda terima semasa anda membeli langganan inReach adalah menyeluruh, jadi sedikit maklumat lanjut diperlukan. inReach meminta alamat e-mel, alamat surat-menyurat, alamat bil, nombor telefon dan maklumat hubungan untuk orang hubungan kecemasan anda. International Emergency Response Coordination Center (IERCC) GEOS mencatatkan alamat pengebilan dan nombor telefon anda agar mereka boleh mengurangkan isyarat palsu jika anda tercetus SOS di rumah. Kami memproses maklumat orang hubungan kecemasan anda agar GEOS boleh menghubungi mereka semasa kecemasan.

Apabila Anda Menggunakan Perkhidmatan inReach

Produk inReach dan perkhidmatan komunikasi satelit kami dihasilkan untuk memastikan anda menerima bantuan semasa kecemasan. Untuk melakukannya, inReach, rakan kongsi kami dan pembekal perkhidmatan kami mungkin perlu menyimpan lokasi peranti inReach anda bersama-sama dengan mesej teks, SMS dan e-mel yang dihantar kepada dan daripada peranti inReach anda.

Apabila Anda Menyegerakkan Produk inReach

Kami mengumpulkan data seperti alamat IP, masa dan tarikh penyegerakan serta tahap bateri anda apabila anda menyegerakkan peranti untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu penyegerakan dan untuk menyediakan sokongan pelanggan yang lebih baik.

Apabila Anda Menghubungi Garmin atau inReach

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi apabila anda menghubungi kami, kami mengumpulkan maklumat seperti nama, alamat pengebilan, nombor telefon, alamat e-mel dan keutamaan hubungan anda serta maklumat mengenai peranti Garmin yang anda miliki, termasuklah nombor siri peranti, tarikh pembelian dan maklumat mengenai langganan anda, untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Mengapakah Garmin meminta data peribadi anda?

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk, aplikasi langganan dan akaun anda seperti maklumat keselamatan penting, kemas kini aplikasi, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman Kami

Apabila anda melawat laman kami, kami mengumpulkan maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, demografi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi, untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman kami dan cara kami boleh meningkatkannya.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami menyediakan kandungan yang lebih baik dan berkaitan pada laman kami. Jadi, jika anda dan individu lain melayari lawan web kami untuk peranti yang mengagumkan, kami akan tahu untuk terus menghasilkannya. Kami juga menggunakan alat ini untuk melihat keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti masalah yang perlu kami baiki. Secara kesimpulan, kami ingin menawarkan sebuah laman web dengan pengalaman pelayaran yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin dan inReach menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Data yang Dikongsi dengan GEOS, IERCC dan Orang Hubungan Kecemasan

Apabila anda mencetuskan isyarat kecemasan SOS, inReach akan memberikan data yang berkaitan kepada GEOS dan IERCC agar mereka hubungi orang hubungan kecemasan yang betul dan memberi mereka maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk membantu anda.

Data yang Dikongsi dengan Orang Hubungan Kecemasan Anda

Apabila anda menyediakan akaun, anda boleh menambahkan orang hubungan kecemasan atau ahli keluarga untuk menerima mesej daripada dan tentang anda. Berdasarkan tetapan anda, inReach boleh menghantar maklumat kepada mereka.

Data yang Dikongsi dengan Pembekal Perkhidmatan

Garmin dan inReach berkongsi alamat e-mel anda dengan Adobe dan Emarsys untuk membantu dalam menghantar e-mel kepada anda. inReach menggunakan SendGrid untuk menghantar mesej daripada peranti Garmin inReach anda kepada alamat e-mel.

Data yang Dikongsi dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia, yakni data peribadi anda mungkin dipindah antara syarikat Garmin. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini tanpa mengira lokasi syarikat Garmin yang menyimpan maklumat anda.

Data yang Dikongsi atas Sebab Perundangan

Garmin dan inReach akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan untuk hal perundangan yang lain.

Bagaimanakah anda boleh berkongsi data peribadi anda?

Anda memiliki data peribadi anda dan anda boleh mengawal data yang anda kongsi dan orang yang anda kongsi data tersebut.

Ketahui Lebih Lanjut

MapShare™

Anda boleh menjemput keluarga, rakan atau orang lain mengikuti kemajuan anda atau menggunakan komputer atau peranti mudah alih mereka untuk mengesan peranti anda untuk mendapatkan maklumat menggunakan portal MapShare berasaskan web. Anda juga boleh menyiarkan pautan mengenai lokasi anda pada laman web atau blog.

Promosi

Kami menyiarkan peraduan dan cabutan bertuah agar anda dapat memenangi hadiah. Jika anda menyertai peraduan atau cabutan bertuah, kami perlu menggunakan maklumat yang anda beri kepada kami untuk memastikan anda menerima hadiah tersebut sekiranya anda menang.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi inReach.