Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda mencipta akaun Garmin, berinteraksi dengan pakar sokongan pelanggan kami dan melawati Garmin.com atau laman web dan aplikasi Garmin yang diterangkan dalam dasar privasi ini.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin?

Kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, lokasi anda dan maklumat lain agar anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda, menerima sokongan yang diperibadikan, menerima maklumat keselamatan penting mengenai peranti anda dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun

Garmin menyimpan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini boleh membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Menggunakan Media Sosial

Apabila anda mendaftar masuk ke akaun Garmin menggunakan media sosial, kami akan meminta akses maklumat tertentu untuk membantu anda mencipta akaun. Kami hanya menyimpan alamat e-mel anda untuk pendaftaran masuk kemudian.

Apabila Anda Membeli Produk

Apabila anda membeli produk Garmin, kami akan meminta maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon anda agar kami boleh memproses pesanan anda dan menghantarnya kepada anda.

Apabila Anda Menyegerakkan Produk

Kami mengumpulkan data seperti alamat IP, masa dan tarikh penyegerakan serta tahap bateri anda apabila anda menyegerakkan peranti untuk mengenal pasti dan menyelesaikan ralat atau isu penyegerakan dan untuk menyediakan sokongan pelanggan yang lebih baik.

Apabila Anda Menghubungi Garmin

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi kami mungkin mengumpulkan maklumat seperti maklumat hubungan dan peranti anda semasa panggilan sokongan untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Apabila Anda Menggunakan Ciri Lokasi

Kadangkala kami perlu mengumpulkan lokasi peranti anda. Maklumat ini memudahkan kami memberitahu anda perkara seperti cuaca di kawasan anda, trafik berdekatan malahan harga tiket wayang berdekatan anda.

Apabila Anda Menggunakan Autonavigasi

Dengan persetujuan anda, Garmin akan mengumpulkan maklumat yang merangkumi lokasi, arah dan kelajuan untuk memberikan bantuan dengan ciri seperti tempat letak kereta dan trafik.

Mengapakah Garmin meminta data peribadi anda?

Sama ada memberikan sokongan produk atau menawarkan arahan yang jelas ke destinasi anda, sebarang maklumat yang kami minta daripada anda digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda dengan Garmin.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk, aplikasi dan akaun anda seperti maklumat keselamatan penting, kemas kini aplikasi, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman Kami

Apabila anda melawat laman kami, kami mengumpulkan maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi, untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman kami dan cara kami boleh meningkatkan laman.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami menyediakan kandungan yang lebih baik dan berkaitan pada laman kami. Jadi, jika anda dan individu lain melayari Garmin.com untuk peranti kecergasan yang mengagumkan, kami akan tahu untuk terus menghasilkannya. Kami juga menggunakan alat ini untuk melihat keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti masalah yang perlu kami baiki. Secara kesimpulan, kami ingin menawarkan sebuah laman web dengan pengalaman pelayaran yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Data yang Dikongsi dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia, yakni data peribadi anda mungkin disimpan secara setempat atau di negara lain atau dipindah antara syarikat Garmin. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini tanpa mengira lokasi syarikat Garmin yang menyimpan maklumat anda.

Data yang Dikongsi dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti melengkapkan pesanan dan menghantar e-mel kepada pelanggan bagi pihak kami.

Data yang Dikongsi atas Sebab Perundangan

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Dikongsi dengan Pembekal Kandungan dan Ciri

Dengan persetujuan anda, kami berkongsi maklumat yang dikumpulkan daripada peranti autonavigasi anda, seperti lokasi, arah dan kelajuan, dengan pihak ketiga yang menyediakan kandungan dan ciri seperti maklumat trafik dan tempat letak kereta.

Bagaimanakah anda boleh berkongsi data peribadi anda?

Anda memiliki data peribadi anda dan anda boleh mengawal data yang anda kongsi dan orang yang anda kongsi data tersebut.

Ketahui Lebih Lanjut

LiveTrack

Anda boleh berkongsi pautan kepada lokasi masa sebenar peranti anda dengan rakan dan keluarga agar mereka dapat mengikuti perjalanan anda.

Promosi

Kami menyiarkan peraduan dan cabutan bertuah agar anda dapat memenangi hadiah. Jika anda menyertai peraduan atau cabutan bertuah, kami perlu menggunakan maklumat yang anda beri kepada kami untuk memastikan anda menerima hadiah tersebut sekiranya anda menang.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi Garmin.com.