Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah untuk memastikan anda tahu cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila menggunakan Garmin Connect pada web, aplikasi Garmin Connect Mobile dan peranti Garmin yang serasi.

Apakah maklumat yang Garmin kumpulkan?

Garmin Connect dicipta untuk membantu anda menjejak kecergasan dan kesejahteraan serta mencapai matlamat peribadi anda. Kami meminta data peribadi anda seperti ketinggian, berat badan dan masa tidur untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut dan menyediakan pandangan serta statistik yang diperibadikan.

Ketahui Lebih Lanjut

Maklumat Akaun

Kami mengumpul nama dan e-mel apabila anda mencipta akaun Garmin untuk memastikan akaun Garmin Connect anda diperibadikan sepenuhnya. Kami juga menyimpan maklumat seperti masa tidur dan bangun anda agar kami tidak menghantarkan pemberitahuan “mula bergerak” semasa anda tidur. Anda mungkin ingin kami tahu tentang masa tersebut.

Maklumat Peranti

Kami meminta maklumat seperti ketinggian, berat, jantina dan tarikh lahir apabila anda menambah peranti Garmin kepada akaun Garmin Connect anda agar kami dapat memperibadikan statistik dan matlamat anda. Kami juga perlu menyimpan aktiviti dan kadar degupan jantung anda yang direkodkan agar anda tahu apabila anda mengatasi rekod peribadi atau menurunkan umur kecergasan anda.

Data Segerak Peranti

Kami mengumpul data seperti alamat IP, masa dan tarikh segerak serta tahap bateri anda apabila anda menyegerakkan peranti untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu penyegerakan dan untuk menyediakan sokongan pelanggan yang lebih baik.

Contact Information

We know you want to stay off the grid, but we may collect things such as your name, email address and phone number during support calls to ensure you get the help you need. If someone sends you a LiveTrack invitation or you’re added as an emergency contact, Garmin stores the contact information required to fulfill those services.

Lokasi

Anda haruslah menggunakan GPS pada peranti anda untuk melihat laluan yang anda gunakan semasa berlari atau jarak perjalanan basikal anda. Maklumat tersebut akan dimuat naik ke Garmin Connect tetapi anda boleh mengawal orang yang boleh melihat maklumat tersebut daripada Garmin Connect.

Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi lain pada laman web dan aplikasi kami untuk membantu kami meningkatkan pengalaman pelanggan.

Adakah anda perlu memuat naik maklumat aktiviti kepada Garmin?

Tidak. Anda boleh menggunakan peranti untuk semua aktiviti anda tanpa memuat naik data aktiviti daripada peranti anda kepada Garmin. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menggunakan sesetengah ciri Garmin Connect seperti Papan Pendahulu, Sambungan, Cabaran dan Insights.

Mengapakah Garmin meminta data peribadi anda?

Maklumat yang kami minta digunakan untuk meningkatkan pengalaman Garmin Connect anda daripada menyediakan sokongan Produk sehinggalah memberikan motivasi untuk mencapai matlamat anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memberi Anda Statistik dan Insights Yang Diperibadikan

Kami menggunakan data peribadi anda seperti ketinggian, berat, jantina dan umur untuk memberi anda statistik yang lebih tepat misalnya jumlah kalori yang anda bakar semasa melakukan aktiviti dan insights misalnya perbandingan anda dengan pengguna yang sama.

Untuk Membantu Anda Menjejak Aktiviti dan Matlamat Anda

Jika anda memilih untuk memuat naik data daripada peranti Garmin kepada Garmin, kami akan mengumpul maklumat tentang aktiviti anda agar anda dapat menganalisis maklumat dan menjejak kemajuan terhadap matlamat anda. Jika anda mahu, anda juga boleh berkongsi data aktiviti anda dengan orang lain.

Untuk Menghubungi Anda

Kami menggunakan maklumat kenalan anda untuk menghantar pemberitahuan kepada anda dan jika anda bersetuju, untuk memberitahu anda tentang produk, aplikasi dan ciri baru.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia yakni data peribadi anda mungkin dipindahkan antara syarikat Garmin. Apabila anda mencipta akaun Garmin, menambah data peribadi dalam profil akaun atau memuat naik data aktiviti anda kepada akaun Garmin, data peribadi dan aktiviti anda akan dikumpul dan disimpan pada pelayan Garmin International, Inc. di Amerika Syarikat. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini walau di mana-mana pun maklumat anda berada dalam syarikat Garmin.

Dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti memenuhi pesanan dan menghantar e-mel kepada pelanggan bagi pihak kami.

Dengan Pihak Lain

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguatkuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Yang Tidak Mengenal Pasti Diri Anda

Kadangkala kami berkongsi atau menjual data aktiviti agregat yang tidak dapat dikenal pasti dengan atau kepada rakan kongsi strategik dan pihak ketiga yang lain.

Bagaimanakah anda boleh berkongsi data peribadi anda?

Anda memiliki data aktiviti anda dan anda boleh mengawal data yang anda kongsi dan orang yang anda kongsi data tersebut.

Ketahui Lebih Lanjut

Data Aktiviti

Data aktiviti anda ditetapkan kepada peribadi secara lalai. Jika anda mahu orang lain melihat perjalanan harian anda dan memberi anda galakkan, anda boleh melaraskan tetapan privasi anda untuk membenarkan perkongsian itu.

Melibatkan Diri dalam Komuniti Garmin Connect

Apabila anda menyertai kumpulan atau membuat Sambungan, sesetengah atau semua data profil dan aktiviti anda boleh dilihat oleh kumpulan atau Sambungan tersebut bergantung pada tetapan privasi anda. Peserta lain boleh melihat data aktiviti anda dan apa-apa komen yang anda serah kepada papan pendahulu atau cabaran apabila anda menyertai papan pendahulu atau cabaran.

Connections

When you join groups or make Connections, depending on your privacy settings, some or all of your profile and activity data may be visible to those groups or Connections.

Aplikasi Pihak Ketiga

Kami tidak akan berkongsi data aktiviti anda dengan pihak ketiga kecuali anda memberi kami kebenaran. Misalnya, anda boleh memberi Garmin Connect arahan untuk berkongsi data aktiviti anda dengan penyedia program kesejahteraan pihak ketiga atau aplikasi seperti MyFitnessPal dan Strava.

LiveTrack

Anda boleh berkongsi pautan kepada lokasi masa sebenar peranti anda dengan rakan dan keluarga agar mereka dapat mengikuti perkembangan semasa anda berlari.

Promosi

Kami menyiarkan peraduan dan cabutan bertuah agar anda dapat memenangi hadiah. Jika anda menyertai peraduan atau cabutan bertuah, kami perlu menggunakan maklumat yang anda beri kami untuk memastikan anda menerima hadiah tersebut sekiranya anda menang.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi Garmin Connect.