Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda menggunakan laman web flyGarmin, aplikasi Garmin Pilot dan perkhidmatan satelit Connext.

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin?

Kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, lokasi anda dan maklumat lain agar anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda, menerima sokongan yang diperibadikan, menerima maklumat keselamatan penting mengenai peranti anda dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun

Garmin menyimpan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini boleh membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Menambahkan Pesawat pada Profil flyGarmin Anda

Kami meminta maklumat mengenai pembuat, model, nombor siri pesawat anda, produk avionik Garmin dan butiran lain agar kami boleh memberi anda alat pengaturan yang hebat untuk pesawat anda dan untuk membantu dalam penyelenggaraan pesawat.

Apabila Anda Menggunakan Aplikasi Garmin Pilot

Apabila anda menggunakan Garmin Pilot untuk membuat rancangan penerbangan dan memfailkannya dengan pihak berkuasa penerbangan, kami memproses nama dan alamat anda, butiran pesawat, tarikh dan masa penerbangan, butiran penerbangan yang berkaitan agar anda boleh memfailkan rancangan penerbangan tersebut.

Apabila Anda Menggunakan Ciri Pelaporan Kedudukan

Apabila anda menggunakan produk avionik Garmin dengan ciri pelaporan kedudukan, kami memproses nombor pendaftaran pesawat, latitud, longitud, anggaran masa perjalanan anda dan butiran penerbangan yang berkaitan. Jika anda menggunakan peranti boleh pakai avionik Garmin, data ini dimuat naik kepada akaun Garmin Connect anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk membantu anda menjejak butiran penerbangan penting agar anda boleh berkongsi kedudukan pesawat dengan orang lain semasa penerbangan anda.

Apabila Anda Menggunakan Ciri Buku Log Juruterbang

Apabila anda menggunakan ciri log buku juruterbang pada flyGarmin atau dalam aplikasi Garmin Pilot, kami memproses maklumat mengenai penerbangan anda seperti lapangan terbang berlepas dan mendarat, tarikh dan masa serta nota lain agar anda mempunyai alat untuk mengekalkan rekod yang diperlukan dalam log juruterbang anda.

Apabila Anda Membeli Produk, Pangkalan Data Penerbangan atau Langganan

Apabila anda membeli produk, pangkalan data penerbangan atau langganan daripada Garmin atau aplikasi Garmin Pilot, kami meminta maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon anda agar kami boleh memproses dan melengkapkan pesanan anda.

Apabila Anda Menggunakan Perkhidmatan Satelit Connext

Apabila anda menggunakan telefon dan pemesejan teks Connext, kami memproses nombor telefon pemanggil dan penerima, tarikh dan masa panggilan masuk dan keluar, mesej teks dan tempoh panggilan telefon untuk tujuan pengebilan.

Apabila Anda Menghubungi Garmin

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi kami mungkin mengumpulkan maklumat seperti maklumat hubungan dan peranti anda semasa panggilan sokongan untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Mengapakah Garmin meminta data peribadi anda?

Sama ada memberikan sokongan produk atau menawarkan perkhidmatan terbaik kami kepada anda, sebarang maklumat yang kami minta daripada anda digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda dengan Garmin.

Ketahui Lebih Lanjut

Untuk Memastikan Anda Kekal Termaklum

Apabila kami perlu menyampaikan maklumat yang penting kepada anda mengenai produk, aplikasi dan akaun anda seperti maklumat keselamatan penting, kemas kini aplikasi, produk atau tawaran baru dan kemas kini pada dasar privasi kami, kami menggunakan maklumat hubungan yang dikumpulkan untuk menghubungi anda.

Untuk Meningkatkan Laman Kami

Apabila anda melawat laman kami, kami mengumpulkan maklumat seperti alamat IP anda, lokasi, bilangan kali anda melawat laman dan banyak lagi, untuk memberitahu kami cara pelawat menavigasi laman kami dan cara kami boleh meningkatkan laman.

Untuk Memberi Anda Maklumat Yang Mungkin Anda Minat

Kami menggunakan alat seperti kuki, tag piksel dan alat yang serupa untuk membantu kami menyediakan kandungan yang lebih baik dan berkaitan pada laman kami. Kami juga menggunakan alat ini untuk melihat keberkesanan iklan kami dan untuk mengenal pasti masalah yang perlu kami baiki. Secara kesimpulan, kami ingin menawarkan sebuah laman web dengan pengalaman pelayaran yang berguna kepada anda.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Data yang Dikongsi dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia, yakni data peribadi anda mungkin dipindah antara syarikat Garmin. Apabila anda mencipta akaun Garmin, menambahkan data peribadi anda atau memuat naik data aktiviti, data tersebut akan dikumpulkan dan disimpan pada pelayan Garmin International Inc. di Amerika Syarikat. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini tanpa mengira lokasi syarikat Garmin yang menyimpan maklumat anda.

Data yang Dikongsi dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti melengkapkan pesanan dan menghantar e-mel kepada pelanggan bagi pihak kami.

Data yang Dikongsi atas Sebab Perundangan

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Bagaimanakah anda boleh berkongsi data peribadi anda?

Anda memiliki data peribadi anda dan anda boleh mengawal data yang anda kongsi dan orang yang anda kongsi data tersebut.

Ketahui Lebih Lanjut

Pihak Berkuasa Penerbangan

Apabila anda menggunakan Garmin Pilot untuk mencipta dan memfailkan rancangan penerbangan, rancangan penerbangan anda dan maklumat yang berkaitan diserahkan kepada pihak berkuasa penerbangan yang berkenaan.

Penjejakan Penerbangan

Anda boleh menggunakan Connext untuk menjemput orang untuk menjejak kedudukan penerbangan anda melalui pembekal berdasarkan web seperti FlightAware.com.

Promosi

Kami menyiarkan peraduan dan cabutan bertuah agar anda dapat memenangi hadiah. Jika anda menyertai peraduan atau cabutan bertuah, kami perlu menggunakan maklumat yang anda beri kepada kami untuk memastikan anda menerima hadiah tersebut sekiranya anda menang.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi flyGarmin, aplikasi Garmin Pilot dan Connext.