Privasi Anda Penting kepada Garmin

Matlamat kami adalah memastikan anda mengetahui cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan menyimpan data peribadi anda apabila anda menggunakan aplikasi vívofit jr. yang dikawal ibu bapa (“aplikasi vívofit jr.”).

Apakah data yang dikumpulkan oleh Garmin dan sebabnya?

Kami meminta data peribadi seperti nama, alamat e-mel, nama keluarga, nama anak anda, lokasi anda dan maklumat lain agar anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda, menerima sokongan yang diperibadikan, memantau aktiviti anak anda, menerima maklumat keselamatan penting mengenai peranti anda dan memanfaatkan produk kami sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Apabila Anda Mencipta Akaun

Garmin menyimpan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan kata laluan anda agar anda boleh mendaftar masuk dan maklumat ini boleh membantu kami mengesahkan akaun anda jika anda menghubungi sokongan pelanggan.

Apabila Anda Mencipta Profil Aplikasi vívofit jr.

Kami menggunakan nama Garmin Connect anda sebagai nama pentadbir anda untuk profil anda. Kami juga meminta nama keluarga anda dan nama anak yang anda tambahkan dalam profil anda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menggunakan nama sebenar. Contohnya, jika anda ingin menamakan keluarga sebagai Smiths, anda boleh berbuat demikian. Jika anda menamakan anak anda sebagai Anak 1 dan Anak 2 dalam profil juga tiada masalah. Kami juga meminta anda menyediakan teks paparan untuk setiap peranti anak anda dan teks paparan boleh merupakan apa-apa jua teks yang anda inginkan. Kami menetapkan masa tidur dan bangun lalai agar anda boleh memantau tidur anak anda. Anda mempunyai pilihan untuk membuat perubahan jika mahu tetapi tindakan ini tidak wajib. Begitu juga dengan lokasi anda serta umur dan jantina anak anda. Semua adalah pilihan berdasarkan cara anda ingin menggunakan aplikasi.

Apabila Anak Anda Menggunakan Ciri Cabaran Toe-to-Toe

Apabila anak anda menyertai cabaran langkah Toe-to-Toe, teks paparan yang anda pilih untuk peranti anak anda akan dipaparkan pada peranti pesaing mereka dan dalam aplikasi ibu bapa atau penjaga mereka.

Apabila Anda Mencabar Keluarga Lain

Kami menggunakan nama pentadbir dan nama keluarga anda untuk membantu anda mencari Hubungan dan keluarga lain yang anda ingin bertanding. Semasa cabaran, nama anda, nama yang anda gunakan untuk anak anda dalam profil anda dan jumlah langkah untuk anda dan setiap ahli keluarga akan dipaparkan dalam aplikasi pentadbir keluarga lain.

Apabila Anda Menjemput Ibu Bapa Kedua atau Penjaga

Anda boleh memilih untuk menjemput ibu bapa atau penjaga lain untuk membantu anda memantau aktiviti, kerja harian dan ganjaran anak anda. Kami akan meminta nama dan e-mel penjaga tersebut agar mereka boleh dijemput untuk menyertai keluarga anda.

Apabila Anda Menyegerakkan Peranti

Apabila anda menyegerakkan peranti anak dengan aplikasi vívofit jr., aktiviti, kerja harian, ganjaran dan masa tidur anak anda akan dimuat naik kepada Garmin dan anda boleh memantau kemajuan mereka. Jika anda tidak ingin berbuat demikian, jangan segerak dengan aplikasi. Kami juga mengumpulkan data seperti alamat IP, masa dan tarikh segerak serta tahap bateri anda untuk membantu kami mengenal pasti dan menyelesaikan ralat atau isu penyegerakan serta menyediakan sokongan pelanggan yang lebih baik.

Apabila Anda Menghubungi Garmin

Kami tahu anda tidak ingin dijejak tetapi kami mungkin mengumpulkan maklumat seperti maklumat hubungan dan peranti anda semasa panggilan sokongan untuk memastikan anda menerima bantuan yang diperlukan.

Adakah Garmin menjual data peribadi anda?

Tidak! Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami juga hanya berkongsi data peribadi anda dengan orang lain dalam keadaan tertentu.

Ketahui Lebih Lanjut

Dalam Garmin

Garmin terdapat di seluruh dunia, yakni data peribadi anda mungkin dipindah antara syarikat Garmin. Apabila anda mencipta akaun Garmin, menambahkan data peribadi anda atau memuat naik data aktiviti, data tersebut akan dikumpulkan dan disimpan pada pelayan Garmin International Inc. di Amerika Syarikat. Maklumat anda masih dilindungi mengikut dasar privasi ini tanpa mengira lokasi syarikat Garmin yang menyimpan maklumat anda.

Dengan Pembekal Perkhidmatan

Kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti melengkapkan pesanan dan menghantar e-mel kepada pelanggan bagi pihak kami.

Dengan Pihak Lain

Garmin akan berkongsi data peribadi anda apabila anda minta atau apabila diperlukan oleh penguat kuasa undang-undang dan dalam hal perundangan yang lain.

Data Yang Tidak Mengenal Pasti Diri Anda

Kadangkala kami juga berkongsi data teragregat dan ditanpanamakan untuk tujuan seperti penyelidikan atau laporan tentang kesejahteraan dan kecergasan, dengan rakan kongsi strategik dan orang awam. Data ini tidak merangkumi maklumat lokasi anda dan tidak boleh dipautkan kembali kepada anda.

Bagaimanakah anda boleh berkongsi data peribadi anda?

Anda memiliki data peribadi anda dan anda boleh mengawal data yang anda kongsi dan orang yang anda kongsi data tersebut.

Ketahui Lebih Lanjut

Langkah

Data aktiviti anak anda ditetapkan kepada peribadi secara automatik apabila anda memuat naik ke Garmin. Apabila anak anda menyertai cabaran langkah Toe-to-Toe, teks paparan dan jumlah langkah anak anda semasa cabaran akan dipaparkan pada peranti anak yang lain dan dalam aplikasi ibu bapa atau penjaga mereka. Nama dan langkah anda serta ahli keluarga dalam profil anda akan ditunjukkan kepada keluarga lain apabila anda menyertai cabaran dengan mereka.

Komuniti Aplikasi vívofit jr.

Pengguna aplikasi vívofit jr. lain akan dapat melihat nama keluarga anda, nama pentadbir, nama mana-mana ibu bapa atau penjaga yang ditambahkan dan bilangan kanak-kanak pada profil anda. Hubungan anda akan dapat melihat maklumat yang sama dan nama yang diberikan untuk anak anda dalam profil anda.

Bagaimanakah saya boleh meminta untuk melihat, mengemas kini, memadamkan atau memindahkan data saya?

Lawati Pusat Pengurusan Akaun untuk membuat permintaan anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak anda dalam dasar privasi vívofit jr.